Insan Berjaya : Tan Sri Abdul Taib Mahmud


Tan Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud (lahir pada 21 Mei 1936 di Miri,Satrawak.Beliau adalah Ketua Menteri Sarawak keempat dan masih memegang jawatan sehingga kini.Beliau juga adalah Menteri Kewangan dan Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Negeri.Taib adalah Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB), parti komponen Barisan Nasional(BN). Beliau berketurunan Melanau.

Taib dilahirkan dalam keluarga miskin pada tahun 1936. Taib mempunyai hubungan darah bangsawan dengan keluarga diraja di Brunei.Bapa saudara Taib,Abdul Rahman Ya'kub menyara kehidupan Taib sejak Taib masih seorang kanak-kanak.Taib memulakan persekolahannya di Sekolah Rendah St. Joseph di Miri dan seterusnya ke Sekolah Menengah St. Joseph di Kuching.Pada tahun 1958, keputusan cemerlang yang dicapai oleh Taib dalam peperiksaan Senior Cambridge membolehkan Taib layak mendapat biasiswa Shell untuk melanjutkan pelajarannya ke Universiti Adelaide di Australia Selatan. Beliau berjaya mendapat ijazah pertama dalam bidang undang-undang pada tahun 1960. Taib Mahmud telah menulis dan menerbitkan beberapa buku Islam dan karya lain termasuk: "Nabi Muhammad dan Misinya, Islam dan Kegunaan Umat Manusia", "Kebebasan dalam pemikiran Islam", dan "Strategi yang sesuai untuk pembangunan negara semasa menghadapi kekurangan sumber". Taib berazam untuk memgambil undang-undang selepas bapa saudaranya, Rahman Ya'kub memujuknya untuk belajar dalam bidang tersebut.


Taib sec
ara tidak rasmi digelar Pak Uban. Dalam kalangan masyarakat Cina beliau dipanggil Bai Mao (白毛) yang bermakna "rambut putih". Nama julukan lain untuk beliau adalah "raja putih terakhir" atau "raja berambut putih", merujuk kepada keluarga Brooke British yang telah memerintah Sarawak sebagai Raja Putih pada kurun ke-19 dan ke-20.Dengan memegang jawatan Ketua Menteri Sarawak sejak 1981, beliau adalah Ketua Menteri / Menteri Besar paling lama berkhidmat di Malaysia.Taib juga merupakan ahli parlimen kedua terpanjang berkhidmat di Malaysia.


Selepas Taib ba
lik ke Sarawak, beliau bekerja dalam Crown Council dari 1962 sehingga 1963. Beliau mengambil bahagian dalam Majlis perundangan negeri Sarawak pada 22 July 1963. Beliau dilantik menjadi Menteri Komunikasi dan Kerja Raya Negeri dari tahun 1963 hingga 1966 dan Menteri Pembangunan dan Perhutanan pada 1967. Beliau bertindak sebagai ketua menteri beberapa kali. Beliau merupakan naib-pengerusi bagi Parti Berjasa Sarawak pada 1964. Beliau menghadiri satu Seminar Antarabangsa Havard pada tahun yang sama. Taib dilantik sebagai Penolong Menteri Persekutuan bagi Perdagangan dan Industri dari 1968 hingga 1970. Beliau mewakili Parti Bumiputera Sarawak (BUMIPUTERA), salah satu parti komponen Perikatan Sarawak dalam pilihanraya Malaysia 1969. Semasa penerusan semula pilihanraya parlimen Sarawak pada 1970, Taib telah dipilih sebagai ahli parlimen Malaysia bagi kerusi Kota Samarahan. Beliau kemudiannya dilantik ke pelbagai portfolio termasuk Timbalan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri (1970-1972) dan Menteri Sumber Semula Jadi (1972-1974). Pada tahun 1973, Taib menjadi timbalan presiden untuk PBB yang baru ditubuhkan sebelum menjadi parti presiden.Abdul Rahman Ya'kub adalah mentor politik untuk Taib Mahmud selama 20 tahun.